Alhamdulillah dapat kita bertemu pertama dlm coretan tentang Reem. Reem adalah anak pertama (skng hanya seorang anak) kami, hasil perkahwinan dengan suami tercinta Mohd Aizan Mohd Nor. Nama diberi Reem Arriyashi Bt Mohd Aizan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa maksud nama tersebut. Bunyi cam pelik kan?? ada maksud ker???
Reem Arriyashi diambil nama sempena mujahidah syahidah palestin Reem Saleh Ar-Riyashi yang mati syahid dalam amaliah al-istisyhadiah (biasa disebut pengebom berani mati). Sangat terinspirasi dengan Mama Reem yang sanggup meninggalkan 2orang anak yg masih kecil untuk melaksanakan tugas getir itu walaupun tahu akan meninggalkan anak2nya buat selama-lamanya.
Reem Arriyashi juga mempunyai maksud yang lain:
Reem dalam bahasa Arab adalah rusa putih, simbolik kepada sesuatu yg cantik/ unik/ yg sukar didapati
Arriyashi pula adalah perhiasan.
Sebenarnya minat dengan nama Reem Arriyashi sejak belajar di universiti, bila suatu masa ada kawan yang berkongsi video youtube ttg Mama Reem tu. Sangat teruja dan terharu tengok ketabahan, kecekalan dan keberanian Mama Reem. Tak sangka suami pun suka dengan nama tu, dan dapat pula letak nama anak sendiri Reem Arriyashi. ;)
Semoga baby mommy Reem Arriyashi yang baru berusia 2 bulan bakal mengikut jejak langkah Reem Saleh Arriyashi yg hebat, cekal dan berani itu.